Seminar ini diadakan di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) pada 23 Mei 2014
Seminar ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan Dato Ust Ahmad Yakob, merangkap Timbalan ketua Dewan Ulama PAS Pusat.
Satu satunya Menteri Besar Melayu Islam yang amanah dan bertaqwa serta sangat komited, yakin dan bersungguh untuk memastikan agar enekman jenayah syariah Islam yang telah dinaskan di dalam al-quran dan hadis dapat diwartakan dan seterusnya dilaksanakan di negeri Kelantan secara khusus.
Beliau memulakan ucapan dengan membaca surah al an'am ayat 114
أفغير الله أبتغي حكما وهو الذي أنزل إليكم الكتاب مفصلا والذين ءاتينهم الكتاب يعلمون أنه منزل من ربك بالحق فلا تكونن من الممترين
Artinya: Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, pada hal Dialah yg telah menurunkan kitab kepada mu secara terperinci. Dan orang-orang yg telah kami datangkan kitab kepada mereka, Sedang mereka mengetahui bahawa quran itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali kali termasuk dari kalangan orang orang yg ragu.
Beliau menegaskan di dalam ucapannya beberapa perkara penting, antaranya:
1) Usaha memartabatkan kanun jenayah ini dilakukan secara berterusan, kerana agenda memartabatkan hukum Allah adalah menjadi dasar perjuangan PAS semenjak ditubuhkan.
2) Isu hudud ini bukan agenda politik kepartian tetapi merupakan tuntutan Islam dan perintah Allah.
3) Allah SWT telah sediakan prasarana cukup bagi manusia utk mereka hidup, seperti oksigen, makanan, minuman, harta dan lain lain.
4) Maka Allah jugalah yg menyediakan prasarana dalam bentuk undang undang untuk mengurus kehidupan dan kemaslahatan manusia itu sendiri.
5) Enekmen Jenayah Syariah II Kelantan ini, sebelum dibentang dalam DUN Kelantan, ia telah dikemukakan kpd parti politik, ngo dan lain lain utk dapat feedback.
6) Dua puluh tahun dulu, Tok Guru Nik Aziz pada tahun 1994 pernah beritahu dalam DUN Kelantan dalam jawapan lisan cadangan utk kempen tentang kanun jenayah syariah dlm TV tapi takda respon langsung dari pihak kerajaan UMNOBN.
7) Bahkan apa yang Kelantan terima adalah surat yang agak panjang dari Tun Dr Mahathir, PM Malaysia ketika itu yg menyebut apa yg diluluskan itu sebagai hudud PAS dan dianggap ada unsur zalim. Sedangkan Kerjaan kelantan telahpun menjelaskan bahawa enekmen jenayah syariah2 itu berdasarkan Quran dan hadis, bukan hudud PAS.
8) Kerajaan Kelantan pada waktu itu ambil sikap kiv sekejap kerana menghormati perlembagaan dan beberapa faktor lain, seperti sampai di traffic light, tiba tiba lampu merah.
9) Tiba tiba Pada 2 April 2014 pihak kerajaan pusat melalui menterinya Dato Seri Jamil Khair Baharom menyatakan di dalam Parlimen kesediaan kerajaan pusat untuk memberi kerjasama kepada mana mana kerajaan negeri yang ingin laksanakan enekmen kanun jenayah syariah.Maka kerajaan kelantan satu satunya yang menyambut baik jawapan kerajaan pusat itu. Adapun negeri negeri lain senyap membisu dan belum bersedia.
10) RM1juta disediakan oleh kerajaan kelantan utk prasarana laksana syariah walaupun ketika itu belum ada respon positif dari kerajaan pusat.
11) Rabu lepas pihak kerajaan Kelantan mengadakan perjumpaan dgn ngo cina yg hantar memorandum menentang hudud. Dalam pertemuan itu, wakil kerajaan telah jelaskan secara ditil enekmen tersebut, dan natijahnya mereka faham dan boleh terima.
12) Menteri Besar, diakhir ucapannya menyatakan bahawa bagaimana penjajah boleh terus laksana undang2nya, yg faham hanya beberapa org terlibat dgn undang2 sahaja, namun masyarakat boleh terima. TETAPI mengapa undang2 Allah payah sangat nak terima?.
13) Saya tegaskan bahawa Kerajaan Kelantan sudah berusaha melakukan tindakan terbaik melalui diskusi, seminar, dan perbincangan dgn pelbagai pihak agar mereka faham tentang kanun jenayah syariah Kelantan ini.
14) Akhirnya, tidak ada mana-mana enakmen undang-undang yang ingin dikuatkuasakan dibentang dan diperdebat dengan begitu meluas sebelum dikuatkuasakan kecuali Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi hukum hudud ini. Itupun masih ramai yang berusaha menghalang dan ini semua merupakan ujian daripada Allah SWT di dalam usaha kita melaksanakan perintahNya.
Sekian semoga bermanfaat,
Diedit dan disediakan oleh
Shahril Azman Abd Halim al Hafiz
Ketua Penerangan Kws KKrau
Pengerusi Lajnah Dakwah Negeri Phg.