Monday 26 May 2014

SEMINAR PELAKSANAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II KELANTAN

Seminar ini diadakan di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) pada 23 Mei 2014

Seminar ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan Dato Ust Ahmad Yakob, merangkap Timbalan ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Satu satunya Menteri Besar Melayu Islam yang amanah dan bertaqwa serta sangat komited, yakin  dan bersungguh untuk memastikan agar enekman jenayah syariah Islam yang telah dinaskan di dalam al-quran dan hadis dapat diwartakan dan seterusnya dilaksanakan di negeri Kelantan secara khusus.

Beliau memulakan ucapan dengan membaca surah al an'am ayat 114

أفغير الله أبتغي حكما وهو الذي أنزل إليكم الكتاب مفصلا والذين ءاتينهم الكتاب يعلمون أنه منزل من ربك بالحق فلا تكونن من الممترين

Artinya: Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, pada hal Dialah yg telah menurunkan kitab kepada mu secara terperinci. Dan orang-orang yg telah kami datangkan kitab kepada mereka, Sedang mereka mengetahui bahawa quran itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali kali termasuk dari kalangan orang orang yg ragu.

Beliau menegaskan di dalam ucapannya beberapa perkara penting, antaranya:

1) Usaha memartabatkan kanun jenayah ini dilakukan secara berterusan, kerana agenda memartabatkan hukum Allah adalah menjadi dasar perjuangan PAS semenjak ditubuhkan.

2) Isu hudud ini bukan agenda politik kepartian tetapi merupakan  tuntutan Islam dan perintah Allah.

3) Allah SWT telah  sediakan prasarana cukup bagi manusia utk mereka hidup, seperti oksigen, makanan, minuman, harta dan lain lain.

4) Maka Allah jugalah yg menyediakan prasarana dalam bentuk undang undang untuk mengurus kehidupan dan kemaslahatan manusia itu sendiri.

5) Enekmen Jenayah Syariah II Kelantan ini, sebelum dibentang dalam DUN Kelantan, ia telah  dikemukakan kpd parti politik, ngo dan lain lain utk dapat feedback.

6) Dua puluh tahun dulu, Tok Guru Nik Aziz  pada tahun 1994 pernah beritahu dalam  DUN Kelantan dalam jawapan  lisan cadangan utk kempen tentang kanun jenayah syariah dlm TV tapi takda respon langsung dari pihak kerajaan UMNOBN.

7) Bahkan apa yang Kelantan terima adalah surat yang agak panjang dari Tun Dr Mahathir, PM Malaysia ketika itu yg menyebut apa yg diluluskan itu  sebagai hudud PAS dan dianggap ada unsur zalim. Sedangkan Kerjaan kelantan telahpun menjelaskan  bahawa enekmen jenayah syariah2 itu berdasarkan Quran dan hadis, bukan hudud PAS.

8) Kerajaan Kelantan pada waktu itu  ambil sikap kiv sekejap kerana menghormati perlembagaan dan beberapa faktor lain, seperti  sampai di traffic light, tiba tiba lampu merah.

9) Tiba tiba Pada 2 April 2014 pihak kerajaan pusat melalui menterinya Dato Seri Jamil Khair Baharom menyatakan di dalam Parlimen kesediaan kerajaan pusat untuk memberi kerjasama kepada mana mana kerajaan negeri yang ingin laksanakan enekmen kanun jenayah syariah.Maka kerajaan  kelantan satu satunya yang  menyambut baik jawapan kerajaan  pusat itu. Adapun negeri negeri lain senyap membisu dan belum bersedia.

10) RM1juta disediakan oleh kerajaan kelantan utk prasarana laksana syariah walaupun ketika itu belum ada respon positif dari kerajaan pusat.

11) Rabu lepas pihak kerajaan Kelantan mengadakan  perjumpaan dgn ngo cina yg hantar memorandum menentang  hudud. Dalam pertemuan itu, wakil kerajaan telah  jelaskan secara ditil enekmen tersebut, dan natijahnya  mereka faham dan boleh terima.

12) Menteri Besar, diakhir ucapannya menyatakan bahawa bagaimana  penjajah boleh terus laksana undang2nya, yg faham hanya beberapa org terlibat dgn undang2 sahaja, namun masyarakat  boleh terima. TETAPI mengapa  undang2 Allah payah sangat  nak terima?.

13) Saya tegaskan bahawa Kerajaan Kelantan sudah berusaha  melakukan tindakan terbaik melalui diskusi, seminar, dan  perbincangan dgn pelbagai pihak agar mereka faham tentang kanun jenayah syariah Kelantan  ini.

14) Akhirnya, tidak ada mana-mana enakmen undang-undang yang ingin dikuatkuasakan dibentang dan diperdebat dengan begitu meluas sebelum dikuatkuasakan kecuali Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi hukum hudud ini. Itupun masih ramai yang berusaha menghalang dan ini semua merupakan ujian daripada Allah SWT di dalam usaha kita melaksanakan perintahNya.

Sekian semoga bermanfaat,
Diedit dan disediakan oleh
Shahril Azman Abd Halim al Hafiz
Ketua Penerangan Kws KKrau
Pengerusi Lajnah Dakwah Negeri Phg.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...